Masa mula-mula kami dapat tahu kami boleh ambil kunci rumah. Pemaju telah nyatakan dalam surat untuk ambil kunci rumah kena jelaskan bayaran faedah lambat yg diterima mereka daripada pihak BPP. Which is secara logiknya bukan salah kami. Disini terasa kerugian sikit sebab semuanya serah 100% pada lawyer uruskan untuk hantar segala dokumen pada BPP. Tak boleh tau apa yg kurang apa yang lengkap semasa diowg hantar untuk claimed. Pemaju memang ada hantar surat salinan invois yg diclaimed diowg. Tapi bagi kami yang baru beli rumah agak clueless macamana nak semak. BPP macam biasa bagi seratus nombor telefon sekalipun tetap susah berangkat. Itu pentingnya untuk teliti S&P. Jika pembayar (BPP) lambat bayar kepada pemaju maka pelanggan (kami) yang akan menanggung risiko.
Jadi kami dikenakan panalti untuk bayaran faedah lambat. Pada thun 2013 &2014 memang 3-5 shot. JAdi kami kena bayar RM 1600. Setiap stage yg lambat bayar dikenakan faedah atas kami sbyk 10%. Tak puas hati. Aku call pemaju dan BPP mintak pandangan. Bagi pihak pemaju mmg menyatakan pihak diowg takkan layan surat drpd BPP kerana kalau tally semula mmg pemaju htr surat tarikh invoice sengaja dilambatkan 5 hari sebelum. So mmg salah BPP.
Jadi cara penyelesaian, owner (kami) sendiri terpaksa merayu dgn menulis surat rayuan kepada pemaju untuk pengecualian bayaran faedah. Tapi tak de nye nk kecualikan pon. Tetap kena bayar. Tapi harga dikurangkan menjadi RM 800. Punyalah byk aku cerita dlm rayuan tu last sekali GM dia tulis kat surat arahan kami kena byar tu dgn hrg RM 800 ja. Ciskek.
RM 800 tu kami tolak daripada deposit kami yang dulunya berjumlah RM 3,000. Bil deposit elektrik dan air pon kami tolak dari duit deposit juga. ok setel. Selepas tu, baharulah kunci rumah diberikan. Sebeban jugak lah. 2 set kami dapat dari pemaju. Manakala 1 set lagi daripada penyelia tapak disana.
Pengajaran:
1) Seeloknya semaklah S&P anda sebelum sign. waktu kami dulu, Lawyer cepat-cepat ja suruh selak sign, tanpa explain. Rasa bodoh sikit disitu.
2) Sila pastikan bayaran telah dibuat oleh bank atau pemberi pinjaman tersebut sebelum tarikh tamat invoice. Selalunya Pemaju akan berikan salinan 1 kepada kita. Dari situ kita boleh tau bila tarikh akhir untuk buat pembayaran.
3) Pihak BPP sememangnya boleh buat surat rayuan pengecualian kepada pemaju tetapi sebaiknya pemilik sendiri sediakan surat untuk merayu dengan secara berhemahnya. Mungkin nasib baik boleh elak kena bayar atau mungkin dikurangkan.
4) Untuk jimatkan masa dan wang, eloklah dipotong terus setiap bayaran tu menerusi duit kita yang ada dengan pemaju. Senang, nanti diowg boleh senangkan keja kita juga dari sibuk nak gi TNB dan sebagainya.
Dengan ini, aku sertakan sekali surat rayuan aku untuk rujukan korang semua.:
Rujukan
tuan :
Tarikh :
Nama dan Alamat
Sendiri
Kepada,
Pemaju
Tuan,
RAYUAN PENGECUALIAN
FAEDAH SEBANYAK RM
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara
di atas.
2. Seperti
yang tuan sedia maklum, bayaran telah dibayar 100 peratus daripada pihak
Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) kepada Dan Partners, dan kepada pemaju pada
tarikh 2 Jun 2015.
3. Pihak
kami juga telah menerima Penyata Faedah daripada syarikat tuan bertarikh 2 Jun
2015 dengan menuntut sebanyak RM untuk faedah bayaran lambat yang telah dibuat
oleh pihak Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).
4. Sehubungan
itu pihak kami merayu jasa baik pihak tuan supaya mendapat pengecualian faedah
seperti diatas kerana:
4.1 :
Pihak BPP sepatutnya bertanggungjawab mengeluarkan bayaran
lambat kepada pihak tuan, tetapi
mengikut penyata yang dibayar
oleh BPP, menunjukkan hanya lewat pada
tahun 2013 dan 2014.
Manakala pada tahun 2015 bayaran dibuat
sebelum waktu akhir invois. Pihak kami
walaubagaimanapun, telah menghubungi pihak BPP pada setiap kali salinan invois
diterima kami untuk pihak mereka mengemaskini dan melakukan bayaran tepat atau
sebelum pada tarikh yang sepatutnya dibayar. Pihak kami telah melakukan apa
yang termampu untuk BPP melaksanakan pembayaran tersebut. Dengan ini kami
memohon supaya dikecualikan faedah yang dikenakan terhadap kami atas tindakan
dan perhatian yang telah kami buat sebelum ini.
4.2 : Seperti
yang tuan sedia maklum, 18 hb Jun 2015 ini akan mula puasa
dan
bulan seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Jadi kami
memerlukan
banyak wang untuk meraikan hari raya
tersebut kerana
kami perlu pulang ke dua kampung halaman
serentak iaitu di Terengganu dan seterusnya di Kedah. Jadi kos tambang untuk
balik ke kampung halaman menelan belanja yang tinggi disamping kenderaan yang
sudah sampai tahap untuk diselenggara.
4.3 : Kami
juga memerlukan belanja yang banyak untuk memasuki rumah
baharu ini dengan melengkapkan
kelengkapan barangan rumah seperti
perabot, ubahsuai rumah
pemasangan grill dan sebagainya.
Peruntukkan wang juga diperlukan
untuk berpindah dengan kos
menyewa lori, kos upah mengangkut
barang (tinggal di aras 7,
apartment) dari kediaman lama
ke kediaman yang baharu ini
memandangkan kediaman
kami sekarang adalah di Putrajaya jaraknya
sehingga 25 km dengan Taman ini.
4.4 : Pertimbangan tuan juga amatlah diperlukan
memandangkan kami bakal
menyambut ahli keluarga baharu
yang akan lahir kemungkinan pada
awal tahun hadapan. Seperti yang
tuan sedia maklum, menerima ahli
baharu (anak) akan menelan
belanja yang banyak untuk rawatan
bersalin di hospital.
5. Justeru
itu, pihak kami memohon dan merayu keprihatinan tuan supaya menimbang semua
alasan yang dinyatakan diatas bagi tujuan pengecualian faedah yang dikenakan
terhadap kami. Jasa baik tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan
diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian,
Yang Benar,
( Tandatangan
Sendiri dan Pemilik Bersama)
Semoga Bermanfaat :)