Google punya google, makanya terjumpalah satu blog ni menceritakan history pemilihan KC dia ni. Macam aku dlu jugak. terpikat dengan Intech KC. Sekali harga boleh tahan mahal. belum masuk beli kitchen hood and hoob lagi. So, bila dah dapat contact number Chan Cabinet ni, aku call terus. Dapat cakap dengan Mr. Hong ni. Mulanya dari suara dengar dia ni kerek. bajet-bajet cikai cam aku ni nak ke layan. Tapi nak solid nyatoh. :D, tapi nak murah. ahaha.
Dia mintak aku design patern dapur aku. oklah lukis sikit-sikit, bagi anggaran. Anggaran ni dah ada sebenarnya. dekat 3-4 orang jugak yang datang ngukur. tapi mak ai harga...boleh bayar ansuran kete aku bagi habis lumpsum :(
Mr. Hong ni call semula dalam 1 hari lepas aku emel dia ukuran dan lukisan aku yang cantik tu. Dia bagitau aku anggaran harga. Malam tu pulak, dia call lagi, " u tak payah ambil harga nett la, i bagi u harga promosi yang 2014 punya. dapat sekali kitchen appliance. hoob and hood. Tapi u kena bayar extra kalau designer i datang ukur ukuran lebih dari harga yang promosi." (Nanti aku bagitau maksud dia ni) wow! Dalam hati rasa nak buat lompat bintang sebab murah kot. kayu solid nyatoh lagi plak tu. Sembang dengan suami, suami setuju. Yang bagusnya kat sini, suami aku senantiasa setuju jaa dengan cadangan aku. :)
Hari minggu designer dia datang ambil ukuran. Lepas 2 hari, Mr. Hong call kata draft lukisan dengan sebut harga dah siap. Bila-bila ja aku boleh datang bincang. Hari Rabu aku amik cuti dengan suami. kami pegi bincang di ofis dia di @vanue Puchong. Jam 10 pagi sampai bincang punya bincang sampailah jam 1 tengahari. Nasib amik cuti. pheww..
Owh, kami juga suruh designer dia ukur wardrobe memandangkan aku perasan ada promosi wardore dalam catalogue 2014 diowg.
Ni designer dia draft. Dapur aku sememangnya kecik. jadi aku sengaja panjangkan wall cabinet. sebab siling pon tinggi. Biar nampak balance sikit.
Ok. Ni namanya Mr. Hong. Tulisan dia cantik ok. Dia memang berpengalaman. Tahu setiap apa yang kami tanya. Nampak buku aku tu? Wajib bawa. :)
Ini namanya Quartz Stone. Aku pilih warna bawah sekali tu. warna putih pecahan besar-besar. Quartz Stone kelebihan dia tahan lasak. Calar memang lah calar. Tapi sekurang-kurangnya dia takkan meresap air. Dah, pegi google sendiri ape itu kelebihan Quartz Stone.
Dalam promosi tu jugak boleh pilih pemegang fesyen mana mahu. aku pilih yang kurus macam aku. :) Incase tak de stok, aku pilih jugak warna gold dua dari bawah tu.
Last sekali gabungan wardrobe. Pilihan warna sendiri. Suami aku nak wardrobe yang melekat di setiap bilik. Nampak kemas. Dia cakap tak pe, habiskan duit pada benda yang nampak.
Memang caca merba sikit pilihan wardrobe kami. Tapi kami sepakat! :)
Mr. Hong ni punya kerja, kalau kau dah setuju, dia akan suruh kau sign di setiap page yang kau setuju menandakan kau dah comfirm. Yang kurang best nya, dikenakan GST. ciss.. dekat RM1000++ tau (-_-)