Friday 29 April 2016

Kitchen Cabinet Solid Nyatoh

hi!!

Sorry sangat lambat update.. Boleh pulak lupa password blog ni. Ingat tak laku blog ni. Rupenye banyak juga traffic ke sini. heheh. Memang setakat yang aku google tak banyak cerita pasal Kitchen Cabinet Solid Nyatoh dan contoh gambar Kabinet pon tak banyak di carian imej google. Untung ade Pintrest :). Memang banyak inspirasi dalam pintrest tu. 

Oklah, aku tunjukkan Kitchen Cabinet aku yang masih lagi dara. Belum pernah digunakan lagi walaupon dah siap semuanya. Hampir beberapa bulan dah siap Kabinet ni, kami masih lagi belum beli tong gas. Apelah yang susah sangat nak cari tong gas sekarang ni. macam nak cari emas lagaknya. Tapi baru dua tiga hari ni google, rupanya, petronas boleh hantar gas ke rumah ye? kau boleh google je web petronas dan call centre nye ok.

Ini maklumat Kitchen Cabinet aku:

* Orang yang aku berurusan adalah Mr. Hong: 019-2228025 (Die dah tua. tapi pandai gune 
   whatsapp okeh!:D)
* Material: Solid Nyatoh (Krim), Quartz Stone
* Harga: +-RM 14,000 (termasuk Oven) - ini harga tahun 2015 (pakej aku dapat masa deal 
   ni 2014 punya, rezeki. tapi bila tengok semula web dia, tak de pakej dah eh. maybe dah 
   bertambah maju. huhu)


 Disebabkan aku tak suka bau yang bakal membusukkan bawah sinki aku, makanya aku request pada Uncle Hong (Chan Kabinet), untuk installer pasang bulat-bulat ni. Ape ke name die, ping pong hole kot. Memang dia bantah. Die cakap tak cantik la nanti, tak de fungsi sangat la, (lagipon harga lubang ni katanya mahal) aku bertegas jugak nak. tak peduli ape nak jadi pon. Sebenarnya dah siap, bila aku check, rupanya diowg still tak pasang lubang ni, aku minta installer datang semula tebuk juga. 
Moral: Customer kena bertegas sebab dah terangkan sebelum persetujuan dibuat!



 Taraaaaa....!! Ini lah hasilnya.. Tengoklah, sampai hari ini masih dara lagi dapurku. Plastik pon tak buang lagi. Gambar ini pada bulan 8/2015 kalau tak salah. 


 Selain Kitchen Cabinet, kami juga ambil pakej Wardrobe, ini adalah wardrobe bilik kedua dan ketiga. Bukan nak puji la, diowg ni buat keje, memang kemas dan bersih. masa aku sampai untuk perhatikan diowg buat keja ni, cina ni tengah lap permukaan dalaman wardrobe ni dengan air pewangi. not bad laa.. aku ingat setengah yang buat kerja macamni, memang lepas tangan je, dah pasang siap, blah gitu je. Same juga dengan dapur, bekas diowg drill semua diowg sapu bagi bersih. cuma kami je la kena mop dan bersihkan sekali lagi. Tapi pon, memang sepatutnya lah kan? bersihkan selepas selesai kerja.



Ini pilihan warna dan corak yang aku bagi wardrobe bilik kedua dan ketiga. Pon Uncle Hong ni pertikai. Heheh sape yang pernah deal dengan die, memang tahu die ni very particular bab design. Tapi rumah kita kan, kita nak macamana suka hati kita la, die nak bangkang pon, tetap hak kita. Jangan ikut pandangan orang tau. aku ni keras hati. :)


Ini Wardrobe bilik master. Kami gunakan pintu yang slide. melantun pon tak bunyi.




Ini adalah gambar sebelum Kitchen Cabinet dipasang. memang rapuh aku tengok material kayu ni, tapi bila dah siap, alhamdulillah. teguh! cuma nak bagitau awal, material dalaman bukan nyatoh 100% ye. kalau nyatoh 100% mahal 2 kali ganda dari harga ni. Material dalaman adalah melamine. Melamine ini, bagi aku not bad la, dia elok di dalam daripada di luar. sebab material jika diluar (permukaan pintu) ini tak berapa tahan panas dan tak tahan lama. boleh terkopek.






Okeh.. 


Ini je gambar keseluruhan Kitchen Cabinet yang aku sempat tangkap.. masa ni tak pasang lagi hoob dan belum lagi pasang quartz stone.. Handle tu boleh pilih nak patern mana, tapi inilah yang menjadi pilihan.. 



Entri ini akan di update dari masa ke semasa. Kalau ada yang nak bertanya, silakan. aku akan balas. lambat atau cepat je :)