Wednesday, 4 May 2016

Divider solid nyatoh

okeh..

Harini nak cerita pasal divider./seperator antara living dan dining hall aku. Disebabkan patern rumah aku ni ruang tamu dan ruang makan bersekali, makanya aku telah cat warna yang berbeza.

Aku still lagi peminat kayu nyatoh.. Classic design.. Ditempah khas mengikut citarasa aku. Terima kasih sekali lagi pada pintrest yang bagi cetusan idea. Aku masih lagi menggunakan khidmat Uncle Hong (chan kabinet). Tapi ditempah dengan company yang lain. Excellent cabinet. Sila google ye.

Mulanya diowg dah datang pasang. Tapi ada dua tiga tempat yang tak mengikut betul betul seperti lakaran yg dah dipersetujui. Tambahan pulak, ada cermin yang pecah masa diowg tebuk skru. Jadi disebabkan cuti pada ahad, diowang datang baiki pula hari isnin. Masa kali kedua datang baiki ni aku perpuas hati walaupon ada sikit cat dinding tertanggal sebab diowg buka semula. Pejam mata jela yang tu..


Yang ni hari pertama diowg datang, aku tak puas hati sebab kayu tak sampai ke siling. tak mo!


Perasan tak? Skirting divider ni macam senget. Walaupon Uncle Hong ni berkeras kate susah la mau kena buka la, mau lekat balik la, aku tak peduli aku tetap jugak berkeras. "I nampak tak cantik". terus dia mintak worker tu datang fix hari isnin nanti.

Disebabkan sebelah kanan tu macam senget aku cek kualitinya, agak kasar. risau anak aku yang lasak, boleh kene serpihan kayu tu.


Ini gambar semasa pasang kabinet.


Walaupon tak siap lagi, tapi dah nampak bunga-bunga kepuasan hati aku tu.. cantik! :D



Hari Isnin, Seperti yang dijanjikan.

Alhamdulillah.. tunggu dekat 2 jam juga diowg setelkan yang aku tak puas hati tu. 

Ok. Dah kayu dah cecah siling :) barulah nampak betul-betul customade :D
* Untuk makluman, pintu yang mengadap living hall ini adalah dummy sahaja. Manakala yang mengadap meja makan tu sahaja yang pintunya boleh dibuka.


Yang ini diowg just bawa lagi kayu tambahan dan tampal sahaja. so tak perlu buka semua kabinet ni. Okla.. kene hati-hati la di bawah tu.. wisau berganjak. tapi dah cek kualiti, macam dah stabil.

Sebenarnya, tak de plan pon nak letak ape atas kabinet ni. Bagi aku, kalau tak buat divider ni tak lengkap rumah. macam anak yang pakai baju, tapi tak pakai seluar. hahaha.


SELESAI..



1 comment: