Monday 23 May 2016

Grill Rumah Murah Kajang

Harini nak cerita pasal grill plak... dah peram lame dah.. Mulenye jenuh mencari nak patern berbunga dan berdaun. tapi limited sangat design die.. tambahan plak mahal nye lah besi sekarang ye? Ok. yang aku share ni harga tahun 2015 ye. Jangan marah naa.. lambat sangat update haa. Total tukar sekali di tangga dan tambahan grill untuk menghalang anak-anak berlarian di tangga adalah RM3,400++. Material die bagi aku so-so laa.. 

InsyaAllah tawakal saja tak cukup. Biarlah berusaha kan? kalau rumah ko pagarkan besi keluli pon, kalau pencuri nak masuk, masuk juga kan? Alhdamdullilaah laa rumah aku tu ada safety guard. Ada CCTV orang keluar masuk. Itu salah satu ciri-ciri keselamatan yang aku sedikit abaikan bagi urusan grill ni. 

Cerita pasal design ni, cina ni awalnya setuju dengan patern aku. tapi bila dah siap 50% die suh aku datang cek, ade ke patut hasilnya tak seperti aku gambarkan. Bising-bising die. aku lagi la bising. sebab aku memang tegas bab bab design yang aku nak ni. Bila dah setel semua, die cakap, cantik juga design u buat ni. pusing 1 kajang pon, I belum penah tengok design macamni. Lepas beberapa bulan, aku jenjalan kat lorong aku tu, boleh plak jiran sorang ni tiru sebijik sebijik design aku oi! cumenye die warnakan kelabu grill die tu. Citt.. Yelah, sebab tak daftarkan hak milikan penuh design ni kan, sesape pon boleh tiru. errr.. so maksudnya, cantik la kot eh design aku create yang boleh orang tiru tu ye? :D 

*Hasil kerja die ni siap dalam masa seminggu dari tarikh bagi deposit. dalam masa 3 hari dia akan panggil pergi kedai, untuk cek kualiti dan design. bagi separuh dari baki, kemudian dah setel, masa dia serah kunci grill barulah bayaran penuh dibuat.

Design ni sumber inspirasi aku sebenarnya..


Masa ni 50% cine ni kate dah siap. Memang out dari design yang aku lukis depan die haritu. Ye ye je paham masa aku design dulu.. hmmpphh


Menyesal plak suh die buka besi yang asal dan gantikan dengan patern garis ke bawah... gril ni patern asal dan besi nya tu berat.. tapi aku malas nak bising. aku abaikan je la.. ntah kalau jual dapat gak duit kan?
Owh, atas tangga ni ada lagi satu tingkap. Tinggi juga la kalau nak naik pasang. Jiran aku cakap mahal upah orang. tapi entah kenapa cina tu kirakan sekali semuanya. lega aku.


Buruk tak kedai die ni? hahaha. hari kejadian ni, aku g sensorang je. memang tawakal je laa..cam rumah hantu pon ade haa.. (baca ayat qursi bebanyak)


Ni kad nama die. Bolehla contact dia kalau berkenan dengan hasil kerja dia. bagi aku yang dah survey harga ni, harga dia yang termurah dan dia senang kira. datang umah ko 10 minit tak sampai, ukur-ukur, bagi sebut harga terus. Mesti takkan lebih dari sebut harga dia kalau dah buat keputusan nak suh dia buat.


Yang baju oren tu la Andy. Pekerja die pon cekap buat keja. dah tahu mana perlu diukur

Tadaaaa.. Inilah hasil rekaan design aku yang tak seberapa. mungkin korang dah penah tengok kat memana. ok, fine. hahahhaa

aku penah bagi contact number dia pada jiran sebelah rumah aku, entah kenapa die cas mahal plak pada jiran aku tu.. bisnes gamaknya. Yang aku dapat ni harga promosi kot. :)

1 comment:

  1. Assalam.. Blackpearl Construction.. kami menyediakan perkhidmatan renovate rumah grill pagar wiring.. harga berpatutan dan berkualiti.. in shaa Allah on time.. base di meru klang.. kwsan kl dan selangor.. blh hubngi sy whatsapp or call hafiz - 01152882023

    ReplyDelete