Tuesday 16 June 2015

Rayuan Pengecualian Faedah Bayaran Lambat

Masa mula-mula kami dapat tahu kami boleh ambil kunci rumah. Pemaju telah nyatakan dalam surat untuk ambil kunci rumah kena jelaskan bayaran faedah lambat yg diterima mereka daripada pihak BPP. Which is secara logiknya bukan salah kami. Disini terasa kerugian sikit sebab semuanya serah 100% pada lawyer uruskan untuk hantar segala dokumen pada BPP. Tak boleh tau apa yg kurang apa yang lengkap semasa diowg hantar untuk claimed. Pemaju memang ada hantar surat salinan invois yg diclaimed diowg. Tapi bagi kami yang baru beli rumah agak clueless macamana nak semak. BPP macam biasa bagi seratus nombor telefon sekalipun tetap susah berangkat. Itu pentingnya untuk teliti S&P. Jika pembayar (BPP) lambat bayar kepada pemaju maka pelanggan (kami) yang akan menanggung risiko.

Jadi kami dikenakan panalti untuk bayaran faedah lambat. Pada thun 2013 &2014 memang 3-5 shot. JAdi kami kena bayar RM 1600. Setiap stage yg lambat bayar dikenakan faedah atas kami sbyk 10%. Tak puas hati. Aku call pemaju dan BPP mintak pandangan. Bagi pihak pemaju mmg menyatakan pihak diowg takkan layan surat drpd BPP kerana kalau tally semula mmg pemaju htr surat tarikh invoice sengaja dilambatkan 5 hari sebelum. So mmg salah BPP.

Jadi cara penyelesaian, owner (kami) sendiri terpaksa merayu dgn menulis surat rayuan kepada pemaju untuk pengecualian bayaran faedah. Tapi tak de nye nk kecualikan pon. Tetap kena bayar. Tapi harga dikurangkan menjadi RM 800. Punyalah byk aku cerita dlm rayuan tu last sekali GM dia tulis kat surat arahan kami kena byar tu dgn hrg RM 800 ja. Ciskek.

RM 800 tu kami tolak daripada deposit kami yang dulunya berjumlah RM 3,000. Bil deposit elektrik dan air pon kami tolak dari duit deposit juga. ok setel. Selepas tu, baharulah kunci rumah diberikan. Sebeban jugak lah. 2 set kami dapat dari pemaju. Manakala 1 set lagi daripada penyelia tapak disana. 

Pengajaran:

1) Seeloknya semaklah S&P anda sebelum sign. waktu kami dulu, Lawyer cepat-cepat ja suruh selak sign, tanpa explain. Rasa bodoh sikit disitu.

2) Sila pastikan bayaran telah dibuat oleh bank atau pemberi pinjaman tersebut sebelum tarikh tamat invoice. Selalunya Pemaju akan berikan salinan 1 kepada kita. Dari situ kita boleh tau bila tarikh akhir untuk buat pembayaran.

3) Pihak BPP sememangnya boleh buat surat rayuan pengecualian kepada pemaju tetapi sebaiknya pemilik sendiri sediakan surat untuk merayu dengan secara berhemahnya. Mungkin nasib baik boleh elak kena bayar atau mungkin dikurangkan.

4) Untuk jimatkan masa dan wang, eloklah dipotong terus setiap bayaran tu menerusi duit kita yang ada dengan pemaju. Senang, nanti diowg boleh senangkan keja kita juga dari sibuk nak gi TNB dan sebagainya.

Dengan ini, aku sertakan sekali surat rayuan aku untuk rujukan korang semua.:

Rujukan tuan :
Tarikh            :

Nama dan Alamat Sendiri
                                                                                   
Kepada,

Pemaju


Tuan,


RAYUAN PENGECUALIAN FAEDAH SEBANYAK RM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Seperti yang tuan sedia maklum, bayaran telah dibayar 100 peratus daripada pihak Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) kepada Dan Partners, dan kepada pemaju pada tarikh 2 Jun 2015.

3.         Pihak kami juga telah menerima Penyata Faedah daripada syarikat tuan bertarikh 2 Jun 2015 dengan menuntut sebanyak RM untuk faedah bayaran lambat yang telah dibuat oleh pihak Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).

4.         Sehubungan itu pihak kami merayu jasa baik pihak tuan supaya mendapat pengecualian faedah seperti diatas kerana:

4.1       :  Pihak BPP sepatutnya bertanggungjawab mengeluarkan bayaran  
              lambat kepada pihak tuan, tetapi mengikut penyata yang dibayar 
   oleh BPP, menunjukkan hanya lewat pada tahun  2013 dan 2014. 
   Manakala pada tahun 2015 bayaran dibuat sebelum  waktu akhir invois. Pihak kami walaubagaimanapun, telah menghubungi pihak BPP pada setiap kali salinan invois diterima kami untuk pihak mereka mengemaskini dan melakukan bayaran tepat atau sebelum pada tarikh yang sepatutnya dibayar. Pihak kami telah melakukan apa yang termampu untuk BPP melaksanakan pembayaran tersebut. Dengan ini kami memohon supaya dikecualikan faedah yang dikenakan terhadap kami atas tindakan dan perhatian yang telah kami buat sebelum ini.
           
4.2     :   Seperti yang tuan sedia maklum, 18 hb Jun 2015 ini akan mula puasa 
               dan bulan seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Jadi kami   
   memerlukan banyak  wang untuk meraikan hari raya tersebut kerana
  kami perlu pulang ke dua kampung halaman serentak iaitu di Terengganu dan seterusnya di Kedah. Jadi kos tambang untuk balik ke    kampung halaman menelan  belanja yang tinggi disamping kenderaan yang sudah sampai tahap  untuk diselenggara.

4.3       :  Kami juga memerlukan belanja yang banyak untuk memasuki rumah
              baharu ini dengan melengkapkan kelengkapan barangan rumah seperti   
              perabot, ubahsuai rumah pemasangan grill dan sebagainya.   
              Peruntukkan wang juga diperlukan untuk berpindah dengan kos
              menyewa lori, kos upah mengangkut barang (tinggal di aras 7,
              apartment) dari kediaman lama ke kediaman yang baharu ini
              memandangkan kediaman kami sekarang adalah di Putrajaya jaraknya
              sehingga 25 km dengan Taman ini.

4.4       :  Pertimbangan tuan juga amatlah diperlukan memandangkan kami bakal
              menyambut ahli keluarga baharu yang akan lahir kemungkinan pada 
              awal tahun hadapan. Seperti yang tuan sedia maklum, menerima ahli
              baharu (anak) akan menelan belanja yang banyak untuk rawatan
              bersalin di hospital.


5.         Justeru itu, pihak kami memohon dan merayu keprihatinan tuan supaya menimbang semua alasan yang dinyatakan diatas bagi tujuan pengecualian faedah yang dikenakan terhadap kami. Jasa baik tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,


Yang Benar,





( Tandatangan Sendiri dan Pemilik Bersama)



Semoga Bermanfaat :)






13 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian....bagus untuk bakal pembeli rumah especially rumah pertama lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. ya.. semoga bermanfaat..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. tq.. berlaku juga pada kami, jawapnnya hanya bos kami berada diluar negara, punya lama tunggu, bila call bos tak ada dan bermacam alasan lagi. adakah ia satu taktik untuk mendapatkan wang ke atas orang awam yang tidak tahu akan sistem pengurusan mereka? akhir sekali jumpa face to face dan uruskan sendiri kerana semuanya runner yang buat.

    ReplyDelete
  4. TERIMA KASIH DGN CONTOH SURAT NI...SGT BYK MEMBANTU...)

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH DGN CONTOH SURAT NI...SGT BYK MEMBANTU...)

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH DGN CONTOH SURAT NI...SGT BYK MEMBANTU...)

    ReplyDelete
  7. saya sekarang menghadapi perkara yg sama..saya akan gunakan contoh surat saudara sebagai panduan.

    ReplyDelete