Selepas setel di office pemaju, kami terus ke rumah untuk berjumpa dgn penyelia tapak dan technician untuk uji dan tgk defect di rumah.
Semasa kami sampai, disambut meriah. Semua pon berkumpul di rumah kami. Termasuk tukang repair dan tukang basuh rumah. Ok. Mungkin ada yg lebih lagi. Tapi ni pengalaman pertama kami. Seperti diraikan rasanya kerana berjaya miliki rumah sendiri walaupon masih berhutang.
Pengalaman pertama melangkah masuk. "Owh. Inilah dikatakan kepuasan dunia"
Tapi sebelum ni aku penah curi curi masuk sebab nak tunjuk kat mak. Mak aku datang haritu. Sebelum rumah ni dapat CF. Dh siap cuma tak sepenuhnya. Masa masuk dulu kami ikut laluan tong sampah dh namanya curi kan. kami nak keluar, tetibe pintu tong sampah tu dikunci dari luar. Ciskek betul. Sape entah yg kunci. Jadi aku gunakan kuasa atlet aku melangkah menerusi pagar utk buka selak tu. Haiehhh
Perasaan tu tak sama dengan hari penyerahan kunci tersebut.
Tips:
1) pastikan semua kunci boleh digunapakai. Test pada setiap satu-satu tombol
2) Tanya apa lagi kunci yang mungkin penyelia pegang. Contoh macam kami haritu penyelia kunci solex pagar kami tanpa serahkan kunci tu. Die pon mungkin terlupa.
3) kalau ada masalah pada tombol maklumkan segera. Kalau lambat diowg kadang-kadang malas nk layan walaupon rumah ada waranty tapi tidak tombol pintu. Murah sgt kalau gantinya pon. Walaucmnapon tu kan hak kita
Esok aku post keadaan yg kene report segera dan pentingnya mereka yang sambut kami ini datang menyambut kami tadi. ✌
No comments:
Post a Comment