Alhamdulillah. Dipermudahkan. Setelah 2 tahun penantian. Sebenarnya agak senang urusan kami dalam pembelian rumah ni.
Dalam pencarian ni. Aku yang mulakan. Stress bl dh umur 27 tahun tak de lagi rumah sebagai aset. Aku mulakan carian dalam internet. Tak jumpa. Susah! Last sekali cara aku search "pemaju perumahan kawasan lembah klang" menderu naik. Tak lupa juga aku study pemaju yang di blacklist dlm bahagian pinjaman perumahan. Korang boleh search "senarai hitam pemaju perumahan" dan search keyword yg dirasakan sesuai.
Dari pemerhatian aku selama berbulan-bulan dapatlah aku call pemaju SEGAMURNI ni. Masa aku nak letak dah call tu tetiba aku tertanya ade tak rumah lagi yg tgh dibuat atau baru nak buat? Dia teringat ade 1 kwsan. Tp tak banyak rumah. Hanya dibuat 1 row shj. Dia bagi contact person. Then aku call. Mmg mamat ni bagitau ada 1 je lagi. Aku igt tipu. Marketing je ni. Ok. Esok juga jmp dia. Ambil halfday. Pergi tgk kawasan sb dia dh bgtau awal kat mana kawasan tu. Then baru decide. Mmg rs risau sgt. Sb tinggal 1 je lagi hrg sebelum launching.
Pergi jmp di WARTA BANGI. owh hensem rupanya Desmond ni. Cina. Ok.tu cerita lain. Apa yg buatkan kami tertarik adalah byran deposit RM 3000 shj. Tak de add onn ape dh. Boleh ambil balik jumlah tu kalau rumah dh siap. Perkhidmatan lawyer semua pemaju tanggung. Yg paling sedih sgt duit ade RM 1000 shj. Naseblah ade barang kemas. So korang, beli barang emas ni adalah satu pelaburan ok. Bukan pembaziran. (Sedapkan hati) kenelah gadai. Gadaian Ar-Rahnu. Dan RM1000 lagi minta bantuan ayah. Mmg ayah sentiasa ada duit. Tp sebagai anak. Malu nak mintak. Sb dh ada suami. Ayah aku laju je bank in. Mekaseh ayah! Dua minggu lepas tu suami bayar balik kat ayah. malu ok. :)
Kami terpaksa cakap kat Desmond ni kesah sebenar kami masa 1st date. Eh. 1st perjumpaan kami. Yg sebenarnya harini kami tak de lagi duit. Haritu hari Khamis. Tunggu hari Sabtu duit baru ade semua duit RM3000 tu. Die dgn baik hati hulurkan resit sementara tanpa sign dan cop cuma resit kepala company. Pada hari Sabtu seperti yg dijanjikan kami jumpa di rumah contoh Zenia. Setuju semua maka termetarailah perjanjian kami utk dptkan rumah ni dalam masa 2 tahun slps sign s&p.
Cenderung untuk membeli rumah ni sebab:
1) Deposit murah - RM 3,000 tahun 2013
2) Luas kawasan - 22 X 75
3) Dalam bandar, walaupun berdekatan kilang. boleh akses ke mana-mana ( Kajang-Bangi- Putrajaya)
4) Kos peguam pemaju tanggung
Kami boleh dikatakan bertuah la. Sb semua pihak lawyer yang buatkan sampai register ke dlm web BPP pon diowg yg wat semua. Kami isi borang dlm hardcopy yg diowg print je. Kami laki bini join loan pinjaman perumahan dengan kerajaan.Yg kami tahu,2x je kami dtg sign persetujuan dan sign S&P. selepas tu kamu just diam-diam je. Sedar-sedar dah 2 Jun 2015 semak dalam laman web BPP pinjaman kami dah 100% dibayar kepada pemaju dan Tetuan. 3 Jun 2015 suami dapat emel dari pemaju untuk ambil kunci serta merta. Kena 2 hari sebelum untuk confirm untuk ambil kunci pada pemaju. Sebab pihak pemaju nk cuci rumah dan set masa dengan peyelia tapak lagi.
Sebelum ambil kunci, macam-macam fikir. salah 1 nya pasal tolak bulanan la. Sorang RM 1000++. Tapi bila dah dapat kunci, pergi tengok rumah, walawei!! Rasa puas. Rasa tak sia-sia yang RM 1000++ tu dihabiskan untuk mendapatkan "sebiji" harta.
Sehingga penulisan ini di 'type' aku masih lagi keliru dengan keputusan untuk memilih kontraktor renovate rumah.
Syukur :))
No comments:
Post a Comment