Showing posts with label Dekorasi. Show all posts
Showing posts with label Dekorasi. Show all posts

Monday, 23 May 2016

Dekorasi Bilik Tidur

Macam Biasa, bahan rujukan yang utama adalah: pintrest. 

Mulanya nak cam gini. pening aku duk mikir warna apelah ni. Hari-hari buka imej kat hendpon kemudian bandingkan dengan katalog cat. Penin tau. series. last sekali, keputusan nya, aku tanyakan pakar cat terus. aku whats app die pic ni. aku nak kale ni. dan dia pon bagi cadangan kale sekian-sekian, ok. tawakal!




Konon lagi, nak susun atur meja tepi macam ni. Tapi memikirkan ada anak-anak yang tak mampu mama lepaskan untuk sendirian di bilik sendiri, takpela tunggu dah tua nanti. :)


 Hasilnya macam inilah.. Cukuplah sekadar aku berpuas hati. kemas :)




Cahaya pada siang hari.

Pastu suami macam memahami isi hati aku ni, katanya nak  pasang lantai kayu dalam bilik. Wow! hati berbunga-bunga ceria. Kami amik keputusan gunakan khidmat Floor Depot. Kebetulan plak diowg buat promosi raya time tu. Haruslah aku sebelum terjah ke sesuatu tempat tersebut, aku gugel dulu. apekah promosi yang menarik. comparekan di alam maya. baru berjalan-jalan. 


Apa lagi yang best pasal floor depot ni, service cepat. boleh bagi sebut harga dulu. of coz sebelum dtg rumah diowg nak kan deposit utk lock harga promosi. lepas ukur, bagi sebut harga,valid selama 6 bulan kalau aku tak salah atau kurang lagi dari tu. Tips dari aku, kalau korang ada keinginan nak buat lantai kayu juga di bahagian-bahagian tertentu dalam rumah contoh ruang tamu, mintak je diowg ukur sekali. tapi dalam sebut harga yang berlainan. ini bagi mengunci harga promosi tersebut.

Pilihan kami, lantai kayu yang boleh di alih dari bawah ke atas dan atas ke bawah. bawah tu warna dia cerah sikit. Dalam masa sepuluh tahun percuma perkhidmatan sekali alih. dan waranty tak salah aku sepuluh tahun juga. kalau calar atau kayu tu retak boleh ditukar serta merta. Kami amik kalis air dan tak telap air di depan toilet dan di sekitar bilik tu material die boleh kene air. tapi mop je la. aku ni bab-bab ni failed betul. suami je banyak pengetahuan. tapi pon ade hati nak karang blog ni. hahaha.



Hasil nyaa.. tadaaaaaaaaa!! tak sempurna lagi sebenarnya. Sengaja je aku letak gambar yang tak sempurna. :p


nak tau ke modal? aku di sini, karang blog ni bukan bermegah-megah ye. cume nak sharekan ape yang aku rasa perlu share. kadang-kadang tu lemas betul bila buka je blog orang, cite bukan men gempak lagi, tapi bajet tak dinyatakan. letih aku nak gugel. nak bajet harga lagi. 

Lantai kayu : RM 3,000 ++
Langsir /Railing : RM 1, 000 +++ (ok, harga langsir ni terdapatlah penyesalan sikit pada aku)
Bedframe King : RM 1,800
Tilam king MACY : RM 2,800 ++
Corak pada plaster siling tu: RM 400


hmmm.. dah bagitau harga ni, barulah aku rasa down semula.. banyak rupenye berhabis untuk bilik yang tak semegah mana ni..