Sebenarnya cuma nak round-round cari meja makan yang berbaloi dan agak-agak vintage bagi aku. Entahlah kenapa aku ni memang peminat English Classic. Bagi aku cantik sangat. macam tak makan dek zaman. aku memang suka kalau rumah luar negara yang berkayu papan dan berkale biru atau kuning-kuning cair tu. Memanglah takkan dapat sama serupa dengan konsep tu, tapi sebolehnya lah. Sekarang ni kau nak tema apa pon boleh. Janji sediakan Ringgit Malaysia bebanyak. Dan jangan BOROS! berbelanja lebih tak pe. eh?
Makanya masuklah kami ke MACY di Serdang ni. ada juga yang panggil ni MACY Sri Kembangan. Sebenarnya tengok poket, eh macam tak mampu.. nanges sebak dalam hati kejap. Tapi bila dah nak keluar, ternampak plak Basyasya tengah main di meja makan ni. Cantik plak dah.. Bila tanya-tanya salesgirl, die kate boleh bayar ansuran selama 9 bulan. What?? Ok dik, akak ade bape 'rat' je untuk buat deposit. boleh ke? Boleh je kak. ok. done. akak amik ni. 9 bulan kau! macam tempoh bersalin. hahahah.
Aku dengan suami berkenan sebab boleh sandar terus. Kami ni kan set-set tinggi macam model. hiks. Harus sandaran kerusi tu tinggi dari bahu. Atau pon boleh di maafkan setinggi bahu sahaja. ehehe. Material dia juga menjadi pilihan.. Kayu import. Bukan jati ye. kayu ape entah. aku tak penting sangat. janji berat. lepas tu tak yah dah nak letak cermin untuk cuci. Sebab? telap air. kalau ko tumpah kan air, situ lah airnya. takkan meresap ke kayu. Harap anai-anai tak de lah nak geget kayu ni. patah gigi die kot. boleh tahan tebal. Kerusi panjang yang tempat anak aku berdiri tu kami tak amik. kami amik semua kerusi sandar. jumlah kerusi 6. Gigih nak amik 8. tapi kerusi saja pon dah harga RM500 satu kot. Hah.. terbeliak tak mata? RM 4K lebih. Alhamdulilah rezeki, dapatla setelkan sebelum menjelangnya 9 bulan dari tarikh due beranak. hahaha.
Alang-alang dah berhutang tu, biarlah kita berhutang bersungguh-sungguh. hahaha. Ok. kami amik juga tilam king ni. MACY shj yang ada tilam Mahligai keluaran King Koil ni. Macam hak eksklusif la gitu.. So far, untuk tilam king ni, aku rasa dah murah la.. Tunggu jenama yang aku nak tilam sekali katil tu asik out of stock je. pastu aku tak pasti material ape sebab tgk online je, so aku decide beli tilam ni. Sebab dah merasa baring dan golek-golek kat ruang pameran tu. Pentingnya beli tilam ni, ko kene merasa baring dan golek-golek di atas tu. lagi elok nak tengok spring die, ko suh anak ko loncat-loncat atas tilam tu. kalau MACY ni, salesgirl die tengok senyum je. yela, dah kite yang nak beli kan? kene la puaskan hati. Lagipon ada jaminan bertahun. yang tu yang penting.
Kalau ade rezeki lebih lagi memang MACY la tempat pilihan ku untuk berhutang. eh, untuk bersoping barang perabot ni. sebab betul-betul kene dengan citarasa aku sebenarnya. Sofa die pon bagi aku cantik dan selesa. Tapi compare dengan IKEA, ade sofa yang kitowg tengah gune sekarang lebih murah dan selesa berbanding MACY. ade la lack kat sana sini sikit. ko kene lah pandai mencari. tak salah masuk kedai yang berjenama dan gah. kadang-kadang tempat situlah lebih murah dari tempat cokia. Owh. langsir bilik bawah pon aku tempah di MACY ni. RM200+ je. langsir blackout. Siap jahit. Railing pon aku tempah di MACY ni kebetulan time tu diowg buat promosi separuh harga. dan harga railing murah dari tempat lain yang aku penah survey. Baru-baru ni MACY buat jualan gudang. seram aku nak pegi. tak mo hutang dah. hahaha
Sekian, berbelanja lah dengan bijak!