Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

Defect minor

Dari atas bocor. Bagitau awal awal. Trus diowg datang baiki


Bukan defect. Dekat sangat haa pintu bilik anak dengan tangga belakang


Bukan defect. Tangga yang banyak anak. Bertambah kurus lah kami


Bukan defect. Ok. Yang ni nk bgtau anak senang panjat. Makanya kenalah upah tukang pasang grille ikut kreativiti dia nk buat macamana


Dapur kecik saja. Design sekarang lebihkan bahagian hadapan dr belakang :(. Tgk dinding kan ade putih-putih tu aku minta diowg cuci semula.


Pencarian orang untuk dekorasi rumah bermulaa...

Tuesday, 16 June 2015

Penyerahan Kunci Rumah

Selepas setel di office pemaju, kami terus ke rumah untuk berjumpa dgn penyelia tapak dan technician untuk uji dan tgk defect di rumah.

 Semasa kami sampai, disambut meriah. Semua pon berkumpul di rumah kami. Termasuk tukang repair dan tukang basuh rumah. Ok. Mungkin ada yg lebih lagi. Tapi ni pengalaman pertama kami. Seperti diraikan rasanya kerana berjaya miliki rumah sendiri walaupon masih berhutang. 

Pengalaman pertama melangkah masuk. "Owh. Inilah dikatakan kepuasan dunia" 


Suami aku yang tanya segala benda. Kalau apa aku tak faham aku refer laki aku la. Pastu kena marah sebab dia kata aku tak dengar penerangan jelas dr penyelia tapak. I gigih snap picture la sayang .. Yang pakai baju hijau tu Pakcik Rahim namanya. Penyelia tapak. Yg kiri tu technician check lampu dan suis kot-kot tak berfungsi.

Tapi sebelum ni aku penah curi curi masuk sebab nak tunjuk kat mak. Mak aku datang haritu. Sebelum rumah ni dapat CF. Dh siap cuma tak sepenuhnya. Masa masuk dulu kami ikut laluan tong sampah dh namanya curi kan. kami nak keluar, tetibe pintu tong sampah tu dikunci dari luar. Ciskek betul. Sape entah yg kunci. Jadi aku gunakan kuasa atlet aku melangkah menerusi pagar utk buka selak tu. Haiehhh

Perasaan tu tak sama dengan hari penyerahan kunci tersebut. 

Tips:

1) pastikan semua kunci boleh digunapakai. Test pada setiap satu-satu tombol

2) Tanya apa lagi kunci yang mungkin penyelia pegang. Contoh macam kami haritu penyelia kunci solex pagar kami tanpa serahkan kunci tu. Die pon mungkin terlupa. 

3) kalau ada masalah pada tombol maklumkan segera. Kalau lambat diowg kadang-kadang malas nk layan walaupon rumah ada waranty tapi tidak tombol pintu. Murah sgt kalau gantinya pon. Walaucmnapon tu kan hak kita

Esok aku post keadaan yg kene report segera dan pentingnya mereka yang sambut kami ini datang menyambut kami tadi. ✌

Rumah Pertama Kami

Alhamdulillah. Dipermudahkan. Setelah 2 tahun penantian. Sebenarnya agak senang urusan kami dalam pembelian rumah ni.



Dalam pencarian ni. Aku yang mulakan. Stress bl dh umur 27 tahun tak de lagi rumah sebagai aset. Aku mulakan carian dalam internet. Tak jumpa. Susah! Last sekali cara aku search "pemaju perumahan kawasan lembah klang" menderu naik. Tak lupa juga aku study pemaju yang di blacklist dlm bahagian pinjaman perumahan. Korang boleh search "senarai hitam pemaju perumahan" dan search keyword yg dirasakan sesuai.


Dari pemerhatian aku selama berbulan-bulan dapatlah aku call pemaju SEGAMURNI ni. Masa aku nak letak dah call tu tetiba aku tertanya ade tak rumah lagi yg tgh dibuat atau baru nak buat? Dia teringat ade 1 kwsan. Tp tak banyak rumah. Hanya dibuat 1 row shj. Dia bagi contact person. Then aku call. Mmg mamat ni bagitau ada 1 je lagi. Aku igt tipu. Marketing je ni. Ok. Esok juga jmp dia. Ambil halfday. Pergi tgk kawasan sb dia dh bgtau awal kat mana kawasan tu. Then baru decide. Mmg rs risau sgt. Sb tinggal 1 je lagi hrg sebelum launching.


Pergi jmp di WARTA BANGI. owh hensem rupanya Desmond ni. Cina. Ok.tu cerita lain. Apa yg buatkan kami tertarik adalah byran deposit RM 3000 shj. Tak de add onn ape dh. Boleh ambil balik jumlah tu kalau rumah dh siap. Perkhidmatan lawyer semua pemaju tanggung. Yg paling sedih sgt duit ade RM 1000 shj. Naseblah ade barang kemas. So korang, beli barang emas ni adalah satu pelaburan ok. Bukan pembaziran. (Sedapkan hati) kenelah gadai. Gadaian Ar-Rahnu. Dan RM1000 lagi minta bantuan ayah. Mmg ayah sentiasa ada duit. Tp sebagai anak. Malu nak mintak. Sb dh ada suami. Ayah aku laju je bank in. Mekaseh ayah! Dua minggu lepas tu suami bayar balik kat ayah. malu ok. :)


Kami terpaksa cakap kat Desmond ni kesah sebenar kami masa 1st date. Eh. 1st perjumpaan kami. Yg sebenarnya harini kami tak de lagi duit. Haritu hari Khamis. Tunggu hari Sabtu duit baru ade semua duit RM3000 tu. Die dgn baik hati hulurkan resit sementara tanpa sign dan cop cuma resit kepala company. Pada hari Sabtu seperti yg dijanjikan kami jumpa di rumah contoh Zenia. Setuju semua maka termetarailah perjanjian kami utk dptkan rumah ni dalam masa 2 tahun slps sign s&p.


Cenderung untuk membeli rumah ni sebab:


1) Deposit murah - RM 3,000 tahun 2013

2) Luas kawasan - 22 X 75
3) Dalam bandar, walaupun berdekatan kilang. boleh akses ke mana-mana ( Kajang-Bangi- Putrajaya)
4) Kos peguam pemaju tanggung


Kami boleh dikatakan bertuah la. Sb semua pihak lawyer yang buatkan sampai register ke dlm web BPP pon diowg yg wat semua. Kami isi borang dlm hardcopy yg diowg print je. Kami laki bini join loan pinjaman perumahan dengan kerajaan.Yg kami tahu,2x je kami dtg sign persetujuan dan sign S&P. selepas tu kamu just diam-diam je. Sedar-sedar dah 2 Jun 2015 semak dalam laman web BPP pinjaman kami dah 100% dibayar kepada pemaju dan Tetuan. 3 Jun 2015 suami dapat emel dari pemaju untuk ambil kunci serta merta. Kena 2 hari sebelum untuk confirm untuk ambil kunci pada pemaju. Sebab pihak pemaju nk cuci rumah dan  set masa dengan peyelia tapak lagi.


Sebelum ambil kunci, macam-macam fikir. salah 1 nya pasal tolak bulanan la. Sorang RM 1000++. Tapi bila dah dapat kunci, pergi tengok rumah, walawei!! Rasa puas. Rasa tak sia-sia yang RM 1000++ tu dihabiskan untuk mendapatkan "sebiji" harta.


Sehingga penulisan ini di 'type' aku masih lagi keliru dengan keputusan untuk memilih kontraktor renovate rumah.


Syukur :))